skip to main |
skip to sidebar
Matlamat & Objektif Persatuan
- Mengurus pentadbiran dan hal ehwal saudara baru di Terengganu dan membantu keperluan serta kebajikan ahli-ahli serta keluarga yang menghadapi masalah ekonomi, pelaj aran, kekeluargaan, kesihatan dan kematian.
- Merancang program dakwah atau dialog kepada penganut agama Islam supaya lebih memahami syiar Islam yang sebenar
- Menyusun program dakwah mingguan, bulanan dan tahunan untuk menambah bilangan saudara baru.
- Mengadakan ziarah dari Persatuan-Persatuan Bukan Islam untuk meningkatkan silaturrahim. (Islam agama yang sempurna)
- Mengadakan majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam dikalangan saudara-saudara baru Islam atau saudara-saudara Islam lain
- Mengadakan kelas mengaji Al-Quran, fardu ain, tauhid & tasauf, tafsir Al-Quran, majlis qiamullai dan bimbingan khas saudara baru.
- Mengadakan majlis berbuka puasa, solat tarawih, tadarus Al-Quran khusus untuk bulan Ramadhan Al-Mubarak.
- Mengadakan program pendekatan Islam oleh saudara baru melalui Radio 3 Kuala Terengganu seperti dakwah, mengaji Al-Quran, azan, zikir dan sebagainya.
- Meneroka dan menjalankan kegiatan keilmuan Islam, pendidikan dakwah dan penyebaran maklumat khususnya kepada masyarakat Islam di Malaysia serta hubungan arftarabangsa yang berkaitan dengan dunia umat Islam hari ini.